Soalan Lazim

Jawapan bagi setiap persoalan anda di sini.
Apakah Kad Personel Binaan CIDB?

Kad Personel Binaan CIDB adalah kad/lesen yang dikeluarkan oleh CIDB kepada pekerja binaan yang telah menjalani latihan asas & keselamatan ditapak binaan. Pekerja binaan wajib memiliki Kad Personel Binaan CIDB yang sah sebelum memasuki tapak binaan.

Apakah Kad Personel Binaan & Kad Hijau CIDB?

Kad Personel Binaan CIDB juga dikenali sebagai Kad Hijau CIDB. Kad Personel Binaan CIDB (kad pintar) kini memiliki ciri-ciri keselamatan yang tinggi mengandungi identiti pemegang kad.

Bagaimana untuk perbaharui Kad Personel Binaan CIDB?

Isi Borang Permohonan Online & buat bayaran pembaharuan kad.

Berapa caj untuk perbaharui Kad Personel Binaan CIDB?

Sila rujuk di sini.

Berapa lama tempoh sah Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui?
1-5 tahun.
Bagaimana pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB diproses?

Selepas Borang Permohonan Online & bayaran diterima, permohonan akan diproses dan Pas Sementara CIDB (sah untuk 60 hari) akan di email kepada pemegang kad. Kemudian, Kad Personel Binaan CIDB yang siap diperbaharui oleh CIDB akan di pos kepada pemegang kad.

Kenapa saya perlu dapatkan MyCIDB?

MyCIDB dapat membantu pekerja & majikan perbaharui Kad Personel Binaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan lebih mudah & lancar. Dengan kepakaran yang ada, setiap permohonan dapat disiapkan lebih cepat & tidak membebankan anda.

Jika pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB tidak berjaya, adakah wang saya dikembalikan?

Ya, semua bayaran akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonan tidak berjaya kecuali caj proses sebanyak RM10 akan dikenakan.